Petani di Trans Pegalan bakal musnah kerana hakisan sungai
22nd April, 2009
KENINGAU: Hakisan Sungai Pegalan yang
semakin tidak terkawal, bakal memusnahkan masa depan beribu petani di
kawasan Trans Pegalan, selepas beribu hektar tanah sawah mereka dimamah
sungai itu.
“Kami semakin kehilangan tanah sawah,” jelas
seorang penduduk di Kg. Marampong yang enggan namanya dipetik, sambil
mendedahkan, sebahagian Sungai Pegalan di sepanjang 21 buah kampung
dalam kawasan itu adalah tanah sawah petani yang bergeran.
Penduduk itu berkata, sejak lebih 30 tahun yang lalu hakisan sungai itu telah memusnahkan tanah penduduk secara perlahan-lahan.
“Dalam tempoh beberapa tahun ini, kami pasti akan kehilangan tanah jika hakisan itu tidak dibendung,” tambahnya sedih.
Petani
di Kg. Pantai Baru, Baginda, Tigot, Panagatan Ulu, Panagatan Laut dan
Toboh Baru, menyuarakan rungutan yang sama, dan meminta kerajaan agar
menambak tebing sungai itu dengan segera.
“Struktur sungai itu perlu diselenggara,” jelas seorang petani yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph.
Menurut
petani itu, penambakan tebing dari Kg. Marampong hingga ke Kg. Limbawan
Keningau, merupakan kaedah terbaik untuk menyelamatkan tanah-tanah
petani yang semakin terancam.
Hakisan tebing Sungai
Pegalan semakin teruk ketika daerah ini dilanda bencana Greg pada tahun
1996, dan kejadian banjir yang berlaku selepas itu sehingga kini
mengakibatkan beribu hektar tanah sawah penduduk musnah.
Mengikut rekod, berpuluh rumah yang pada asalnnya didirikan dalam kawasan lot tanah, musnah selepas dihakis oleh sungai itu.
Lima
tahun yang sudah, rancangan menambak tebing sungai itu pernah
diwar-warkan, namun petani mendakwa sehingga sekarang ‘rancangan’
tersebut belum ditunaikan.
Rancangan penambakan tebing
sungai itu termasuk dalam janji pilihan raya yang lalu, dan petani
mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu supaya Sungai Pegalan bukan
ancaman kepada mereka.
“Sungai Pegalan perlu kepada
petani, tetapi sebaliknya ia menjadi musuh utama, jika dibirakan terus
menghakis tanah-tanah sawah kami,” jelas seorang penduduk Kg. Toboh
Laut.
Sumber:
New Sabah Times (2009).
Petani di Trans Pegalan bakal musnah kerana hakisan
sungai. Retrieved April, 22, 2009
from New Sabah Times website: http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/28063.htm
Keningau: Some RM1 million derived from last year's
production income will be distributed to 903 members of the Oil Palm
Co-operative of Kandang Besar Bingkor (KSKBB).
The balance RM400,000 will be given out after the audit is done.
Sabah Land Development Board (SLBD) Chairman, Datuk Sapawi Haji Ahmad,
presented a RM1 million cheque to the co-operative's Deputy Chairman,
Mike Galas, at a ceremony held here Monday.
It was the third distribution of dividends by the co-operative, which
has 903 members, operates 191 hectares (414 acres) cultivated with oil
palm in 1998. Three payments were made in 2007 involving about
RM800,000.
The dividend for last year increased due to the increase in profit to RM1.4 million.
SLDB is also involved in several paddy-planting projects throughout
Sabah, said Sapawi, adding that currently paddy fields are already
opened in Sook and Membakut to assist the rural folks in increasing
their income.
For commercial purposes, SLDB also proposed to develop 3,000 acres in Kota Belud.
On the SLDB project in Kg Dalit, SLDB also has 17,000 hectares (about
42,000 acres) of oil palm located about 45km from Keningau town.
Its General Manager, Jhuvarri Majid, said this project was implemented smoothly as planned.
He hoped the people would also not believe in rumours that SLDB
projects were controlled by a company, saying this was not true.
He also disproved the claim that only 2,000 acres from the total 5,000
acres allocated for the settlers were given for the SLDB staff and
welfare purposes.
Jhuvarri also refuted claims that SLDB was buying oil palm fruits from the settlers much cheaper than the market price.
"SLDB has never reduced the production income of the settlers," he
said, adding what had been reported in the newspapers was by
irresponsible individual(s) and therefore the settlers should not
easily believe such news.
Source:
Daily express news. RM1mil for 903 members of Bingkor oil palm co-op. Retrieved April 16, from Daily Express news website: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=64216.html